Thursday 9 February 2012

::: JANGAN SYIRIKKAN MANDI BUNGA :::



KOSMO! JUMAAT 3FEB 2012::
TANYA USTAZ::

SOALAN~~
APAKAH HUKUMNYA MANDI BUNGA DALAM ISLAM? ADAKAH IA KHURAFAT?

JAWAPAN~~
Mandi bunga adalah budaya orang dulu-dulu kerana pada zaman dahulu tiada produk kecantikan atau produk sabun atau sebagainya yang banyak diperoleh pada zaman moden ini.

Oleh itu, orang dahulu kala menggunakan bahan-bahan semulajadi untuk memelihara kecantikan. Timbul persoalan kini, adakah masih relevan perbuatan mandi bunga?

Jawapannya adalah bergantung kepada niat seseorang berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W daripada Saidina Umar Al-Khattab R.A 'HANYA SEGALA AMAL DENGAN NIAT DAN HANYA BAGI TIAP-TIAP SEORANG APA YANG IA NIATKAN' (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Walaupun terdapat produk-produk terkini di pasaran, tidak menjadi kesalahan jika seseorang itu masih menggunakan bunga-bungaan sebagai bahan tambahan dalam penjagaan diri. Namun, dengan syarat tiada unsur-unsur syirik dan khurafat dilibatkan iaitu tidak ditambah bahan bacaan mantera yang dilarang syarak.

Ini kerana bunga-bungaan adalah kurniaan Allah yang terdapat banyak khasiatnya untuk diri manusia. Sidang pembaca boleh membaca kajian-kajian saintis yang menemui khasiat bunga. 
 

No comments: