Monday 13 February 2012

TAFSIRAN PETIKAN AYAT SURAH AL-BAQARAH

"Dan janganlah kamu campur adukkan yang HAQ dengan yang BATHIL dan janganlah kamu sembunyikan yang HAQ itu, sedang kamu mengetahui" (Ayat 42)

"Apakah kamu masih mengharapkan mereka akan percaya kepadamu, padahal segolongan dari mereka mengubahnya setelah mereka memahaminya, sedang mereka mengetahuinya" (Ayat 75)

"Alangkah buruknya (perbuatan) mereka yang menjual dirinya sendiri dengan kekafiran kepada apa yang telah diturunkan Allah, kerana dengki bahawa Allah menurunkan Kurnia-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya. Kerana itu mereka mendapat murka sesudah (mendapat) kemurkaan. Dan untuk orang-orang kafir seksaan yang menghinakan" (Ayat 92)

"Dan sesungguhnya kami telah menurunkan kepadamu ayat-ayat yang jelas; dan tak ada yang ingkar kepadanya, melainkan orang-orang yang fasik" (Ayat 99)

"Tiadakah kamu mengetahui bahawa kerajaan langit dan bumi adalah kepunyaan Allah? Dan tiada bagimu selain Allah seorang pelindung mahupun seorang penolong" (Ayat 107)

"Katakanlah: "Apakah kamu memperdebatkan dengan kami tentang Allah, padahal Dia adalah Tuhan kami dan Tuhan kamu; bagi kami amalan kami; bagi kamu amalan kamu dan hanya kepada-Nya kami mengikhlaskan hati" (Ayat 139)

~~DIPETIK DARI = 'KITAB HIJAU'~~

No comments: