::: JANGAN SYIRIKKAN MANDI BUNGA :::
KOSMO! JUMAAT 3FEB 2012::
TANYA USTAZ::
SOALAN~~
APAKAH HUKUMNYA MANDI BUNGA DALAM ISLAM? ADAKAH IA KHURAFAT?
JAWAPAN~~
Mandi bunga adalah budaya orang dulu-dulu kerana pada zaman dahulu
tiada produk kecantikan atau produk sabun atau sebagainya yang banyak
diperoleh pada zaman moden ini.
Oleh itu, orang dahulu kala
menggunakan bahan-bahan semulajadi untuk memelihara kecantikan. Timbul
persoalan kini, adakah masih relevan perbuatan mandi bunga?
Jawapannya adalah bergantung kepada niat seseorang berdasarkan hadis
Rasulullah S.A.W daripada Saidina Umar Al-Khattab R.A 'HANYA SEGALA AMAL
DENGAN NIAT DAN HANYA BAGI TIAP-TIAP SEORANG APA YANG IA NIATKAN'
(Riwayat Bukhari dan Muslim).
Walaupun terdapat produk-produk
terkini di pasaran, tidak menjadi kesalahan jika seseorang itu masih
menggunakan bunga-bungaan sebagai bahan tambahan dalam penjagaan diri.
Namun, dengan syarat tiada unsur-unsur syirik dan khurafat dilibatkan
iaitu tidak ditambah bahan bacaan mantera yang dilarang syarak.
Ini kerana bunga-bungaan adalah kurniaan Allah yang terdapat banyak
khasiatnya untuk diri manusia. Sidang pembaca boleh membaca
kajian-kajian saintis yang menemui khasiat bunga.
No comments:
Post a Comment