KHASIAT LIMAU NIPIS DALAM PERUBATAN ISLAM DAN TRADISIONAL
Gabungan
bahan-bahan seperti bunga-bungaan yang terpilih dan beberapa biji limau
nipis yang disatukan ke dalam air mutlak mengikut tatacara petua-petua
orang tua-tua dahulu yang arif yang didoakan dengan doa yang khusus maka
tersedialah suatu bahan yang menjadi salah satu ikhtiar bagi mengubati
penyakit yang disebabkan oleh gangguan jin dan sihir.
Untuk merawat
seseorang yang terkena gangguan jin dan sihir maka kami melangsungkan
rawatan kami dengan 2 kaedah yang dijalankan serentak didalam satu
tindakkan. Kaedah yang pertama ialah PENGOSONGAN dan kaedah yang kedua
ialah PEMULIHAN. Menurut kajian, ada dua perkara yang perlu diselesaikan
ke atas seseorang yang diganggu jin iaitu yang pertama menyelesaikan
jin yang mengganggu (PENGOSONGAN) dan merawat tubuh yang diganggu
(PEMULIHAN). Maka dengan itulah kami menggunakan limau nipis dan juga
bunga-bungaan yang disatukan dalam air sebagai salah satu cara ikhtiar.
Mengapa guna limau?
Jin adalah makhluk ciptaan Allah yang berkongsi hidup dengan manusia
dibumi ini. Mereka berjisim halus tidak seperti manusia yang berjisim
kasar, oleh kerana itu golongan mereka ini tidak dapat dilihat
bagaimanakah hal keadaan jisimnya dengan penglihatan mata kasar manusia.
Pun begitu, mereka juga mempunyai akal dan perasaan, justeru mereka
juga tergolong dalam golongan yang diperintahkan Allah agar mentaati
titah perintah Allah selain manusia.
Oleh kerana mereka
juga berjisim maka tubuh mereka juga akan bertindakbalas dengan
jisim-jisim yang lain. Sebab itulah tubuh mereka akan mudharat apabila
terkena air limau sebagaimana mudharatnya tubuh kasar kita ini apabila
direndam dengan air limau dalam kuantiti yang banyak. Bukankah sesuatu
akan mengalami hakisan apabila direndam dalam cecair yang mempunyai
kepekatan asid yang tinggi? Begitulah yang akan terjadi pada tubuh jin
yang akan terhakis atau hancur apabila dikenakan dengan air perahan
limau walaupun dalam kadar kuantiti yang sedikit kerana tubuh mereka
berjisim halus. Maka, air perahan limau adalah alat ampuh yang dapat
memudharatkan tubuh jin sehingga mereka terpaksa merasai pengalaman
sakit yang tidak terhingga.
Maka khasiat mandi limau
berkesan untuk memudharatkan tubuh jin yang bersarang dalam tubuh
penghidap gangguan jin sehingga tubuhnya kosong dari diinap jin.
Mengapa guna bunga?
Ada 3 cara gangguan jin ke atas tubuh manusia iaitu yang pertama jin
pengganggu yang menetap secara kekal didalam tubuh manusia (mengeram),
yang kedua jin pengganggu yang menetap secara kekal diluar tubuh manusia
(mendampingi) dan yang ketiga jin pengganggu yang bekerja memasukkan
barang-barang mudharat ke dalam tubuh manusia dan kemudian pulang ke
sisi tuannya (khadam).
Selalunya, air limau hanya berkesan
untuk mengosongkan jin dari menginapi tubuh pesakit dan aromanya
mendindingi pesakit dari didekati jin namun ianya tidak bersekali
merawat tubuh dan organ-organ dalaman pesakit yang telah dirosakkan oleh
jin. Maka oleh sebab itulah kita menggunakan khasiat bunga-bungaan yang
menurut kajian sains auranya dapat memulihkan kembali organ-organ
dalaman agar bekerja dengan normal kembali.
Maka khasiat
mandi bunga berkesan secara saintifik untuk menyeimbangkan kembali aura
tubuh terlangsung merangsang kembali organ-organ dalaman yang telah
dirosakkan oleh jin sehingga pulih seperti biasa.
Mengapa guna air?
Menurut fakta saintifik, air adalah alat perakam terbaik kerana
ketepatannya apabila disukat pada dasarnya. Air sebenarnya berkebolehan
merakam gema getaran samada dari bunyi termasuk kata-kata dan juga dari
niat kita. Oleh itu air bukan saja dapat membersihkan dan menyegarkan
kembali keadaan badan tetapi ia juga dapat merakam ayat-ayat suci Al
Quran dan juga doa-doa yang dibacakan padanya sehingga air itu terakam
dengan gema getaran yang hebat yang dapat memudharatkan jin.
Menurut fakta saintifik lagi, air mempunyai gelombang bulat yang dapat
mencari sasaran tekanan rendah secara rawak tanpa banyak halangan, oleh
itu ia dapat membawa masuk tenaga dan gema getaran yang telah terakam
samada dari khasiat bunga atau bacaan ayat suci Al Quran meresapi tubuh
badan melalui reseptor bulu roma lalu merangsang hormon-hormon didalam
badan.
Namun yang paling utama mengapa air digunakan ialah
ianya adalah panduan dari Tuhan kita sendiri untuk kemudahan kita dalam
menghadapi penyakit yang berpunca dari gangguan jin dan syaitan. Dalam
Al Quran Allah SWT telah mengajar kepada kita betapa air telah dijadikan
asbab bagi penyembuhan penyakit Nabi Ayyub a.s. Firman Allah SWT yang
bermaksud,
Dan ingatlah akan hamba Kami Ayub ketika ia
menyeru Tuhannya, "Sesungguhnya aku diganggu syaitan dengan kepayahan
dan siksaan". (Allah berfirman): "Hentakkanlah kakimu! inilah air yang
sejuk untuk mandi dan untuk minum.” Surah Shaad ayat 41 dan 42
Makanya, dengan tergabungnya khasiat limau, bunga-bungaan dan doa-doa
yang disatukan ke dalam air yang sejuk menurut tatacara petua yang
khusus, insyaAllah mana-mana penyakit akibat dari gangguan jin dan sihir
pun dapat diatasi.
(kredit to : pengikut nabi Muhammad)
No comments:
Post a Comment