Ilmu Usul(cuca) atau mengenal asal usul telah lama diamalkan
oleh pendekar pendekar terbilang pada masa dahulu.Mereka menumpulkan
senjata dengan kaedah memujuk secara lisan dan batin,tanpa bantuan
jin,mantera,jampiserapah .Nak bukti jumpa datok kita buktikan depan
mata.Sebenarnya salah satu pengalaman datok hampir dipatuk seekor ular
tedong semasa pergi merawat seorang pesakit seekor ular tedung betul
betul berada didepan datok dengan syahadah sekali datok terus pujuk
ular dan beritahu ular tersebut jika dia patuk datok datok akan dakwa
dia diakhirat,terus ular tu cabut lari padahal betul betul berada dekat
kaki datok dan bersiap sedia untuk mematuk datok.Kaedah yang sama bila
kita nak bagi senjata itu tumpul secara batin zahirnya tajam batinyya
tumpul .Peluru,logam,keris ,ular,harimau ke semua makhluk Tuhan yang
diciptakan Tuhan untuk memberi manfaat kepada kita.Apabila kita mengenal
mereka kita tidak akan takut dengan makhluk.kita akan terkagum dengan
kebesaran Allah.Nak rahsia ini jumpa datok .
Kaedah mengolah tenaga AURA atau nur bukan ilmu baru
.Pengolahan nur cahaya ini telah diamalkan oleh datok laksamana Hang
Tuah,Datok Bahaman ,Mat kilau ,kebetulan datok ada salinan kitab
pahlawan mat kilau ada disebutkan kaedah mengolah kalimah Allah misalnya
untuk berperang maarifatkan kalimah Allah berwarna merah,untuk pengasih
maarifatkan kalimah Allah berwarna kuning.Penemuan kaedah ini adalah
diambil dari tokku paloh,setelah mereka berguru dengan tokku paloh
seorang waliyullah terkenal setelah mereka membuang ilmu ilmu dunia.
mereka mula ditiupkan roh jihad oleh tokku paloh dengan ilmu ilmu perang
berlandaskan islam. Murid gayong maarifat diajar
,diasuh tentang yakin Illallah, dengan menafikan makhluk dan isbat
Allah swt. makhluk tak dapat beri manfaat atau mudharat melainkan
idengan izin Allah. api tidak boleh membakar , tapi Allah sahaja yang
membakar. Api berhajat pada Allah untuk membakar, tapi Allah tidak
berhajat pada api untuk membakar. Jika Allah mahu, api boleh membakar,
dan jika Allah mahu, api tidak boleh membakar.
,dalam tauhid kita, LaIlahaIllAllah ialah yakin Allah Maha Kuasa, makhluk langsung tiada kuasa.
Seorang
ulama' memberitahu, Allah SWT hendak menyempurnakan nikmat2Nya yang
besar kepada hamba2Nya yg berhubung dgn dunia dan akhirat, maka Ia
mengutus para AnbiaNya dengan memberikan mereka dua keistimewaan: Doa
dan Da'wah. segala hajat yang dipohonkan pada Khaliq yang Maha Kuasa
dinamakan doa dan segenap perintah Khaliq disampaikan pd makhluk2 Nya
dinamakan da'wah.
AllahSWT berfirman yang
maksudnya:"Maka ingatlah Allah saat berdiri, duduk dan berbaring"(An
Nisa':103) . Dalam pada itu,NabiSAW bersabda ,"Mahukah kamu aku
beritahu amalanmu yang terbaik dan tersuci di sisi Rajamu(AllahSWT) dan
dapat meninggikan darjatmu,serta lebih baik bagimu dari bersedekah
emas dan perak, dan mengalahkan musuhmu di gelanggang pertempuran?"
Para Sahabat R,A menjawab "Tentu sahaja ya Rasulullah!" Baginda SAW
menjawab," Yang terbaik dari semua itu ialah zikrullah". Sebahagian
orang arif pula berkata:" Zikir adalah rukun tariqat, kunci hakikat,
senjata murid, dan pancaran sinar kewalian."
Jadi,
cukuplah dengan firman Raja segala Raja SWT, Khatamun Nabiyyin SAW,
dan Ulama'2 Rah. yang membuka kelebihan zikrullah. Para Ulama' semasa
tiba ke tanah Melayu (jika tidak silap, tabi'in) sama ada Indonesia dan
Brunei, berda'wah dengan hikmah. Dari persilatan, kepada permainan2
tradisi yang lain, diselitkan dengan unsur2 agama. dengan kata lain,
seni silat telah dijadikan salah satu wasilah untuk sampaikan Islam
pada umat!
Misalnya contoh ada seorang
pemanah di kampung ini dapat memanah buah manggis di atas kepala
seorang yang diikat pada pokok. kerana ahlinya dalam memanah, sikit pun
anak panahnya tidak tersasar. orang2 kampung sebelah yang mendengar
cerita ini begitu yakin dengan keahlian pemanah tersebut, walau hanya
mendengar dari mulut orang. tetapi, apabila mereka ke kampung itu
melihat sendiri pemanah itu memanah, yakin mereka makin bertambah. dan
yakin mereka akan capai kemuncaknya apabila mereka sendiri yang diikat
pada pokok itu, dan mendapati anak panah itu benar2 tepat pada buah
manggis itu!
begitulah iman yakin kita pada
Allah, dengan hanya mendengar cerita kebesaran Allah, iman kita hanya
peringkat Ilmu-Yakin. apabila melihat sendiri, spt orang2 kampung itu,
iman meningkat pada Ainul-Yakin, tapi apabila kita sendiri
mengalaminya, baru dapat Haqqul-Yakin(hakikat Iman). guru2 selalu
menguji anak2 silatnya dengan menyuruh terjun ke dalam lubang yang
dipacak lembing, berjalan atas bara atau kaca, ditetak dengan parang
tajam dan sebagainya.ia adalah untuk menafikan 'sifat2 makhluk'
tersebut( parang tidak dapat memotong melainkan dengan izin Allah).
hakikatnya, ilmu ini adalah ilmu yakin pada pencipta Allah yang maha
berkuasa,maarifatnya ilmu ini adalah untuk merasa akan kebesaran dan
perlindunganNya.Bagaimana kita solat andai kita tak terasa kebesaranNya
bukankah kosong solat itu sekalipun rukun dan bacaannya sempurna.
Murid
gayong maarifat dilarang keras sama sekali menggunakan tenaga dari jin
dan syaitan,bahkan sangat memusuhi syaitan dan iblis.Murid gayong
maarifat didedahkan dengan solat sunat taubat dan solat sunat hajat
wirid dan kebesaran Allah swt melalui kaedah bertafakur dengan membuat
pengosongan (tahalli)beristigfar ,kemudian membuat pengisian
(takhalli)selawat,zikir dan bacaan surah surah terpilih.Natijahnya nanti
InsyaaAllah akan melahirkan individu yang bertaqwa ,waraq ,berbudi
pekerti,jujur ,ikhlas ,amanah dan berkasih sayang sesama insan.
~~CREDIT TO = DATUK NAHZA
1 comment:
mohon share...(perubatanalternatifgms.wordpress.com)
Syukran datuk..
Post a Comment