Tubuh manusia bukan seperti mesin yang boleh diperlakukan sewenang - wenangnya kerana jika tersilap langkah ia boleh menyebabkan pelbagai penyakit.
Bayangkan setiap hari anda membuang minyak dan sisa kotoran dalam saluran paip. Dalam jangka masa panjang, ia akan tersumbat dan mengganggu aliran air.
Begitu juga lemak yang terkumpul dalam kapilari darah, ia menyebabkan saluran darah tersumbat dan menimbulkan penyakit. Sekiranya saluran itu tersumbat dibahagian organ terpenting tubuh seperti jantung atau otak boleh menyebabkan kematian.
Mengikut kajian yang dilakukan TEKANAN PERASAAN yang melampau boleh mengganggu sistem tubuh manusia. Didalam tubuh manusia terdapat tidak kurang daripada 10 sistem tubuh. Disamping itu pemakanan yang tidak seimbang serta makanan dan minuman yang beracun boleh menyebabkan tubuh menjadi bertoksin. Toksin ini meroskkan sistem tubuh badan manusia.
Apabila sistem tubuh menjadi lemah maka sudah tentulah mudah diserang penyakit. Sekiranya tidak dirawat dengan segera mungkin boleh menyebabkan kematian.
Sistem organ atau fisiologi dalam tubuh manusia akan terganggu fungsinya sekiranya ia mengalami keresahan ( gangguan emosi ) yang berterusan. Sebenarnya keresahan mewujudkan keracunan atau bebanan toksin kepada sistem limfatik dan sistem saraf.
Ini bermaksud bahawa tenaga hanya boleh bekerja pada tahap yang harmoni melalui tarikan elektromagnet didalam darah. Ini bermakna walaupun penyakit dianggap sebagai takdir tetapi sebenarnya manusia itu sendiri yang mencipta penyakit kerana membiarkan jiwanya dilanda keresahan dan bebanan emosi yang berterusan.
Alasannya ialah keresahan adalah tabiat dan kelakuan yang sebenarnya dapat dikawal oleh otak. Umpamanya, semangat jiwa mengganggu perasaan. Perasaan atau emosi pula akan mengganggu mentak dan fikiran. Fikiran inilah yang akan membawa keresahan.
Menurut kajian TKS Datuk Paduka Dr. Azam Zulkifli Al - Qadiri, penyakit yang mengganggu manusia disebabkan oleh 2 punca utama :-
- PENYAKIT MASALAH HATI ( FAKTOR KEJIWAAN )
Penyakit ini disebabkan oleh
tekanan perasaan melampau. Pesakit yang tidak dapat mengawal
perasaan akibat dari kerunsingan hati menyebabkan hormon dan sistem
dalam badan mengalami kecelaruan serta boleh menyebabkan sistem tubuh
khususnya sistem pertahanan menjadi lemah dan mudah diserang penyakit.
- PENYAKIT BERPUNCA DARI PERUT ( FAKTOR BIOLOGI )
Penyakit ini disebabkan oleh kegagalan cara mengawal pemakanan
yang boleh menyebabkan berlakunya keracunan dalam sistem tubuh dan
mendatangkan pelbagai penyakit contohnya : Kencing manis (diabetes),
Tekanan darah tinggi ( Hypertension ) , Demam panas, Lemah jantung, Batu
karang, Kolesterol tinggi dan seribu satu jenis penyakit kronik
lainnya..
CREDIT TO= http://lifegoldgroup.com/
No comments:
Post a Comment