Selalunya masyarakat kita fobia tentang ilmu kebal kerana sering
dikaitkan dengan penggunaan jin dan lain-lain. Namun untuk renungan umat
melayu yang agak negatif dengan ilmu kebatinan, di sini saya berikan
butiran ringkas Perang di zaman Rasulullah SAW untuk difikir-fikirkan
pada masa lenggang.
Jumlah perang bermula tahun 1H-11H, sebanyak 82
kali. Tidak disertai Rasul SAW berjumlah 54 kali. Rasul SAW sebagai
panglima sebanyak 28 kali. Dalam 28 peperangan yang Rasulullah SAW turun
padang, 9 daripadanya berlaku pertempuran dan 19 kali musuh melarikan
diri sebelum bertempur. Dalam 9 kali bertempur hanya sekali tercedera
dan hampir terbunuh iaitu dalam perang UHUD.
Masyarakat selalu mengambil
iktibar perang Uhud dan mengaitkannya dengan permasalahan KEBAL. Bagi
sesetengah orang, ilmu kebal dikatakan syirik dan bid’ah dolalah kerana
Rasul SAW dan sahabat pun boleh dicederakan. Ditekankan disini bahawa
Rasul SAW dan sahabat pada ketika itu berperang untuk SYAHID DIJALAN
ALLAH, oleh itu kebal dari senjata bukanlah fokus utama mereka ketika
bertempur. Mereka telah dilatih untuk berjiwa Taqwa, Ikhlas dan Ikhlas
yang menyebabkan musuh susah untuk bertindak ke atas mereka. Atas dasar
tiga perkara tadilah pertolongan Allah sampai kepada mereka.
Tentera
Islam kalah dan Rasulullah SAW tercedera dalam perang UHUD adalah
disebabkan penderhakaan (INGKAR) yang dibuat oleh segelintir tentera
Islam ketika itu. Penderhakaan ini telah menyebabkan penarikan BANTUAN
oleh Allah. Oleh sebab kemenangan umat Islam berpaksi kepada TAQWA,
IKHLAS dan TAWAKAL, perang UHUD menjadi pengajaran kepada orang-orang
yang melanggar perintah nabi dan membelakangkan Allah SWT.
Bagi nabi SAW
pula, selaku ketua terpaksa menerima teguran dari Allah ke atas
tentera Islam ketika itu. Begitulah pengajaran yang sepaptutnya diambil
oleh masyarakat, kerana jelas dalam perang UHUD, tentera Islam dengan
segala ilmu HAQ di dalam dada masih tertewas kerana tidak menjaga
hubungan dengan Allah. Ditekankan disini, mengapa kita tak mahu
mengkaji bagaimana dalam lain-lain perang yang dikepalai Rasul SAW,
tidak tersebut dalam riwayat mengatakan tentang kecederaan baginda
sedangkan perang dizaman nabi adalah khusus untuk membunuh baginda SAW.
Dalam satu riwayat menceritakan ketika bertempur Rasulullah SAW adalah
yang paling berani dan paling di depan. Para sahabat pun berlindung di
belakang nabi kerana rasa dilindungi oleh kehebatan nabi SAW. Ribuan
anak panah yang tertuju kepada nabi SAW tidak terkena pada nabi dan
kebanyakannya tersasar jauh. Bagaimana perkara begini boleh berlaku?
Mengapa sedikit orang yang berani memikirkan hal-hal kebesaran Allah
yang berlaku kepada Nabi SAW?
Bagi umat melayu akhir zaman, carilah
ilmu kebathinan dari guru-guru yang muktabar. Sesungguhnya ilmu ini
datang dari dalam Islam kerana ianya pakaian orang-orang soleh dan para
nabi. Pada akhir zaman, ilmu hitam akan berleluasa, umat Islam yang
lemah ilmu bathin dan kerohanian akan menjadi sangat jauh dari Allah
lalu terjerumuslah mereka ke dalam kekhurafatan dan kecelaruan dalam
kehidupan.
No comments:
Post a Comment