Senjata adalah alat terpenting dalam peperangan. Dalam Al-Quran, Allah
menyebutkan tentang besi yang dikurniakan kepada manusia bukan sahaja
untuk dimanfaatkan oleh mereka bagi tujuan-tujuan duniawi tetapi juga
untuk dijadikan alat senjata untuk mempertahankan agama Allah.
“Dan
Kami telah menciptakan besi dengan keadaannya mengandungi kekuatan yang
handal serta berbagai faedah lagi bagi manusia. (dijadikan besi dengan
keadaan demikian, supaya manusia menggunakan faedah-faedah itu itu dalam
kehidupan mereka sehari-hari) dan supaya ternyata pengetahuan Allah
tentang orang yang (menggunakan kekuatan handal itu untuk) menegak dan
mempertahankan agama Allah serta menolong rasul-rasulNya padahal balasan
baiknya tidak kelihatan (kepadanya); Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa”.
(Al-Hadid:25) …
Kehebatan besi telah lama disedari oleh manusia
bermula dari zaman batu hinggalah ke zaman serba canggih dan moden pada
hari ini. Di kalangan bangsa Arab, pedang yang ramuan utamanya adalah
besi, merupakan senjata yang paling dimuliakan/dihormati dan paling
banyak digunakan dalam peperangan. Orang-orang Arab amat menjaga pedang
mereka dan hampir setiap ketika, tersisip gagah di sisi mereka. Malah,
kemuliaannya juga terserlah dalam syair-syair mereka yang penuh dengan
puji-pujian terhadap pedang yang memiliki ratusan nama khusus baginya.
Dalam
Islam, kelebihan pedang, khususnya yang digunakan oleh pejuang-pejuang
Islam untuk menegakkan agama Allah, sudah cukup digambarkan dengan sabda
Rasulullah SAW; “Syurga adalah di bawah bayangan mata pedang”.
Dalam
pertempuran, pedang merupakan senjata terakhir yang akan digunakan
setelah senjata-senjata jarak jauh seperti panah, tombak dan sebagainya
digunakan. Bermakna, setelah kedua-dua pihak saling berhadapan, mula
bercampur-baur, maka senjata jarak dekat seperti pedang adalah
pertahanan terakhir seseorang pejuang di medan jihad.
Begitulah
juga kebiasaan di kalangan pahlawan Melayu dahulu kala dengan kerisnya.
Ia ibarat irama dan lagu; tidak boleh dipisahkan. Keris akan sentiasa
tersisip kemas ibarat teman setia kepada tuannya dan sedia bila-bila
masa berkhidmat bila diperlukan.
Rasulullah SAW sendiri mempunyai
beberapa bilah pedang, tombak dan baju besi sebagai persediaan
teknoloji (pada masa itu) dalam waktu senang, mahupun susah. Tradisi
orang-orang lelaki Melayu dahulu juga memiliki senjata peribadi dalam
menghadapi sebarang kemungkinan atau ancaman pihak musuh.
Persoalannya
ialah pada hari ini … ada yang beranggapan tak perlu persediaan
senjata-senjata tradisi ini semua. Alasan termudah ialah kerana abad ini
adalah era pistol, mesin gun, bazooka, bom dan sebagainya. Kalau
belajar silat atau martial art pun bakal tewas dengan senjata api yang
tak kenal erti kawan dan lawan. Persoalaannya, benarkah alasan sebegitu?
InsyaAllah, artikel ini cuba merungkai dan membuka minda pembaca
sekalian untuk menilai sejauh mana kebenaran kefahaman begini dengan
kupasan-kupasan mudah selepas ini … LELA TERBILANG
No comments:
Post a Comment